Should I hate you, Malaysia?

Should I hate you, Malaysia? Begitu tajuk posting seorang blogger Indonesia, Purna Atmaja. Terpulang. Tetapi, paling menarik ialah kata-katanya, “Hidup bertetangga memang harus sabar…, tetapi bagaimana kalau tetangga kita maling?” Maling bermakna pencuri. Maknanya tetangga yang bernama Malaysia ini adalah pencuri. Tidak ada gunanya perdebatan mengenai siapa pencuri. Barangkali di Malaysia juga ramai yang pandai menuduh orang lain mencuri.
Ketika penagih-penagih pengaruh kedua-dua negara saling bersilat lidah mengenai lagu Rasa Sayange, Aisehman pernah mengeluarkan kata-kata berikut di dalam blog Ahirudin Attan:
“Let’s make a deal – they can have back their song, if they take with it the Indonesians making a living in Malaysia right now.”
“How about it – two million Indonesians for a song?”
Banyak pandangan Aisehman yang saya terima. Tetapi kata-kata di atas, walaupun mungkin untuk bersikap sinis semata-mata, tidak dapat saya setujui.
Apa kesudahannya kalau lebih banyak ayat sebegitu, termasuk dari Purna Atmaja, terus mengamuk? Seronok sangatkah? Puas hati? Rasa hebat? Berapa banyak pahala yang dapat?
Jakarta Post pernah menyiarkan dua artikel. 28 Oktober lalu, artikel bertajuk “Indonesian military might will win Malaysia’s respect”. 22 November lalu, akhbar yang sama menyiarkan pula artikel bertajuk “Malaysia, Indonesia both facing Malay malaise”. Pilihlah mana yang lebih dekat di hati.
Ah, lebih baik pergi minum dengan kawan-kawan baik saya termasuk perantau-perantau dari Indonesia di Restoran Thaqwa dekat Taman Melewar atau pergi mencari santapan jiwa di Hauzah Imam Redha ‘a.s. bersama-sama sahabat-sahabat saya termasuk perantau-perantau dari Indonesia.
( http://penarikbeca.blogspot.com)

Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 comments

  1. salam
    mungkin ini balasan saya yang pertama buat ust. labib yang jelas untuk ke malaysia, kita yang ada di probolinggo sangat menyangkan, bayangkan dalam satu tahun saja ust. tidak mudik teman teman muhibbin banyak yang menanyakan apa gerangan yang menghambat sehingga ust tidak pulang kampung. apalagi ke malaysia yang keluar masukknya masih di sibukkan dengan pasport sana,pasport sini wah, ruwet rasanya untuk pulang,mudah-mudahan untuk lebaran tahun depan ust bisa mudik dan bertemu kembali dengan teman-2 dan sesepuh muhibbin wabil kusus Gunung tengu yang menjadi rumah singgah ust.
    salam semangat selalu dari teman-teman muhibbin JAUSAN…

  2. Assalamu'alaikum wr wb

    Teman senasib seperuntungan yang sangat dikasihi,

    Terima kasih tidak terhingga kerana sudi mengulang siar tulisan seorang kutu di dalam blog yang popular dan penuh berkat ini (istilah kutu yang digunakan di Malaysia maknanya gelandangan barangkali – contohnya kutu jalanan ~ kutu juga mungkin sama ertinya dengan sampah masyarakat).

    Nama saya abu bakar bin Mohd Rashid – sebab itulah bakaq (slanga daerah). Tetapi di rumah dipanggil 'abdul Halim. Selepas dilahirkan kuat menangis lalu emak saya tukarkan kepada nama 'abdul Halim. Tetapi di dalam Kad Pengenalan (KTP) tetap nama abu bakar.

    Tak sangka bila sudah besar menjadi pengemis di halaman Ahlul Bait – mengharapkan diterima dengan penuh kasihan.

    Blog saya diberi nama penarik beca kerana penarik beca represents mustadh'afin.

    Sebenarnya, sudah lama saya mengimpikan apa yang dipanggil "Solidariti Bloggers Malindo" (Indonesia-Malaysia) untuk sama-sama memperjuangkan nasib mustadh'fin di kedua-dua negara tanpa mempedulikan perbalahan kerajaan dengan kerajaan, tanpa mempedulikan agama dan bangsa, tanpa mempedulikan sempadan geografi yang sebenarnya palsu…

    Kalau Saudara/i yang dikasihi sudi, mohon kerjasama untuk sama-sama menggerakkannya.

    Wassalam.

  3. Rakyat malaysia bukan maling, etnik yang berada di Malaysia terdiri dari banyak suku yang sama dengan indonesia iaitu Jawa,Minang,Batak,Aceh dan banyak lagi.Kebudayaan mereka pada masyarakat itu mempunyai persamaan dengan masyarakat di Indonesia.Sepertimana orang Cina diseluruh dunia, mereka tetap membawa kebudayaan mereka dimanapun mereka berada.Republic Rakyat China tidak pernah mendakwa etnik china di Usa umpamanya sebagai pencuri bila mereka bermain tarian naga dan binaan bangunan yang bersamaan di Negeri China malah menjadi kebanggaan dan dianggap sumber kekayaan kebudayaan bangsa tersebut.
    Yang menjadi masalah sekarang anda Dr.Muhsin Labib, pihak universiti mana yang menganugerahkan kedoktoran pada anda mingikut emosi tanpa menggunakan akal.Lebih baik anda mengaku bermazhab wahabi dari mazhab syiah aku sudah mula membenci anda dan tidak lagi suka membaca karangan anda.

  4. Sepertinya Anda Badrul, salah paham. Mohon dibaca ulang lagi artikelnya. Lagipula penulis artikel ini kelihatannya orang Malaysia.

News Feed